HomeSukanDarwish ikat kontrak sertai kelab remaja di Qatar

Darwish ikat kontrak sertai kelab remaja di Qatar

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Aksi dan kemahiran luar biasa yang dipamerkan bekas pemain bola sepak bawah lapan tahun Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya Ahmad Qiyyam Darwish Ahmad Syukri berjaya menarik minat kelab remaja Al-Arabi Sports Club di Qatar.

Pemain berusia enam tahun itu merupakan satu-satunya pemain kanak-kanak dari Malaysia yang telah mengikat kontrak dengan kelab berkenaan.

Darwish yang beraksi di posisi sayap memukau mata jurulatih dan menawarkannya menyertai kelab remaja Al-Arabi Sports.

Semasa di Sabah, Darwish pernah beraksi untuk salah satu pasukan B8 TABS dalam satu karnival bola sepak tahun lalu.

Ayah Darwish, Ahmad Syukri Mustakim berkata, anaknya menyertai kelab Al-Arabi pada tahun lalu dan berharap Darwish akan terus menyinar bersama dengan kelab tersebut.

Al-Arabi ditubuhkan pada 1952 dan presidennya adalah Sheikh Tamim Fahad Al Thani dan pernah memenangi beberapa kejohanan antaranya Piala Emir, naib juara kejohanan Piala Asean, Piala Putera Mahkota Qatar juara Piala FA Qatar.

Kejayaan berterusan Al-Arabi menarik minat pemain terkemuka dunia untuk menyertainya seperti Gabriel Batistuta, bekas pemain Argentina, Simo Kaddari pemain muda Sepanyol, Marco Verrati bekas pemain PSG dan Rafinha pemain dari Brazil.

“Sebagai bapa, saya sendiri mempunyai keyakinan dan perancangan tersendiri melihat Darwish menyinar dan menyarung jersi keramat Harimau Malaya pada masa akan datang,” katanyw.

Syukri yang bermastautin di Qatar bersama keluarganya berharap semoga anaknya itu mempunyai ruang dan dapat menyumbang bakat dan pengalaman bagi membantu pembangunan bola sepak di Malaysia.

“Kami rakyat Malaysia di Qatar akan sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Malaysia bagi setiap perlawanan di sepanjang saingan AFC,” katanya.

Syukri berasal dari Johor Darul Takzim dan isterinya Suzriana Wahimin berasal dari Sabah.

Seorang lagi anak mereka, Ahmad Qayyum Danish, 13, turut meminati bola sepak dan beraksi sebagai penyerang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya, Lokman Sunggim mengucapkan tahniah kepada Darwish atas kejayaan menyertai kelab Al-Arabi di Qatar.

Katanya, ini menunjukkan pemain dari Malaysia juga mempunyai kualiti dan bakat perlu terus digilap bagi membolehkan mereka mampu pergi jauh.

“Semasa Darwish bermain dengan pasukan TABS, kita dapat melihat kemahiran dan kelincahannya beraksi di padang dan kita memaklumkan ayahnya supaya terus mengembangkan bakat anaknya itu dan ternyata telah menjadi kenyataan,” katanya  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular