HomeIsu tempatanKemudahan dewan serbaguna terbuka diperlukan di Kampung Kerukan

Kemudahan dewan serbaguna terbuka diperlukan di Kampung Kerukan

Read Time:55 Second

Kuala Penyu : Golongan belia khususnya di Kampung Kerukan di sini meminta Kerajaan agar dapat membina sebuah dewan serbaguna terbuka yang boleh menempatkan gelanggang bola tampar dan sepak takraw di kampung tersebut.

Pengerusi pelaksana kejohanan bola tampar campuran, Salleh Misjin, berkata dewan serbaguna terbuka itu itu sangat diperlukan oleh belia untuk menjalankan penganjuran sukan bola tampar dan sepak takraw.

Katanya, selain itu dewan tersebut boleh digunakan sekiranya ada majlis keramaian yang diadakan di kampung berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kejohanan bola tampar campuran tertutup Kuala Penyu di gelanggang futsal Kampung Kerukan anjuran Belia kampung tersebut, di sini baru-baru ini.

Kejohanan itu yang disertai 15 pasukan termasuk pasukan jemputan dari luar dirasmikan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Rahman Yakob.

Menurut Salleh, dengan mempunyai kemudahan dewan serbaguna terbuka tersebut, kejohanan lebih besar boleh diadakan di sini termasuk kejohanan terbuka Sabah.

Pasukan The Fighter dari Beaufort telah menjuarai kejohanan itu dan menerima hadiah berupa wang tunai RM800.

Manakala naib juara dimenangi pasukan Kerukan Mix menerima hadiah RM500 dan tempat ketiga dimenangi pasukan Lubak menerima hadiah RM350. Pemenang tempat keempat ialah pasukan Black Knight menerima hadiah RM80.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular