HomeUtamaJPNS mohon peruntukan laksana penyelenggaraan bangunan SK Darau

JPNS mohon peruntukan laksana penyelenggaraan bangunan SK Darau

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan memohon peruntukan sebanyak RM500,000 dari Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan penyelenggaraan dan pendawaian bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ini berikutan beberapa buah bangunan sekolah itu kini berada pada skala tujuh.

“Sekolah ini sentiasa mendapat perhatian daripada JPNS, setiap tahun ada pembaikan tetapi ada kelas yang sudah berskala tujuh.  Ini memerlukan bangunan dan sementara itu, JPNS akan membuat pembaikan sementara menunggu bangunan yang dicadangkan oleh JPNS pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe13).

“Kita (JPNS) ada pembaikan dalam tahun ini, kita ada memohon sejumlah RM500,000 untuk membaiki beberapa keperluan di sekolah ini termasuk keperluan mendesak yang perlu kita utamakan.  Ia termasuklah pendawaian elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadalan lawatan ke beberapa buah blok bangunan SK Darau yang dilaporkan daif dan tidak selamat untuk digunakan.

Sabah Media sebelum ini melaporkan beberapa struktur bangunan sekolah itu daif selain tidak selamat untuk digunakan.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, pada RMKe13, JPNS telah mencadangkan sebelum ini sebuah bangunana baharu tiga tingga dengan 36 buah bilih darjah.

“Mudah-mudahan ini juga akan dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan saya berharap ia akan menjadi keutamaan,” katanya.

Sekolah berkenaan mempunyai loma buah blok bangunan terdiri daripada 15 bilik darjah yang menempatkan seramai 1,277 murid dan 100 murid pra-sekolah.

Selain itu, sekolah berkenaan turut mempunyai 72 orang guru dan 12 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan beroperasi pada dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Capaian internet catat peningkatan bagi kawasan berpenduduk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular