HomeUtamaLHDN sekat 5,840 individu, 946 pengarah syarikat di Sabah ke luar negara

LHDN sekat 5,840 individu, 946 pengarah syarikat di Sabah ke luar negara

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Seramai 5,840 individu dan 946 buah syarikat di Sabah disekat perjalanan ke luar negara berikutan masih terdapat tunggakan cukai setakat 31 Disember tahun lalu.

Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Sabah, Azrul Hisham Shamsudin berkata, untuk kategori individu, jumlah tunggakan cukai mencecah RM285,435,482.

“Manakala bagi kategori syarikat, jumlah tunggakan cukai terkumpul adalah sebanyak RM 763,721,899.05,” katanya ketika ditemui di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kepayan, di sini semalam.

Azrul berkata, pembayar cukai yang mempunyai rekod tunggakan serta dikenakan tindakan sekatan perjalanan boleh melakukan pembayaran atau menghubungi pejabat HASiL.

“Ini adalah bagi membolehkan mereka membuat rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.

“Pembayar cukai dinasihatkan tampil ke pejabat HASiL bagi berbincang dan berunding dalam mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya berhadapan kesalahan atau kesulitan,” katanya.

Azrul turut memaklumkan sejajar pemerkasaan e-perkhidmatan percukaian, 19 perkhidmatan diwajibkan diisi secara dalam talian menerusi  portal MyTax.

“Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut antaranya e-Daftar, e-Kemaskini Profil Diri Syarikat/Individu, e-Anggaran, TAeF, E-KYC, e-PCB, e-CKHT 502, MITRS, e-Filling, STAMPS dan e-BNT Syarikat.

“Selain itu, penggunaan mandatori portal MyTax turut merangkumi e-CP55D, e-CP39, e-Data PCB, e-Data Praisi/e-CP8D, e-Residen dan e-SPC Individu/selain Individu.

“Bagaimanapun, sekiranya mempunyai permasalahan untuk mengisi borang percukaian dalam talian, pelanggan masih boleh hadir ke LHDN berdekatan dan akan dipandu oleh pegawai bertugas mengisi portal MyTax,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular