HomeUtamaUsaha jadikan Pulau Manukan sebagai pusat peranginan lima bintang giat dilaksanakan

Usaha jadikan Pulau Manukan sebagai pusat peranginan lima bintang giat dilaksanakan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Penampang : Usaha bagi meletakkan Pulau Manukan sebagai pusat peranginan bertaraf lima bintang giat dilaksanakan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kemudahan penginapan di pulau itu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, cadangan bagi pembangunan pulau itu adalah melibatkan pembinaan 40 buah chalet individu yang ditempatkan di pelbagai lokasi strategik.

“Apabila siap, pusat peranginan itu akan membantu meningkatkan pelancongan mewah di pulau itu.

“Ini akan membolehkan pusat peranginan itu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam Destinasi Pasaran Perkahwinan untuk bersaing dengan lokasi popular di Asia. Projek itu dijangka dimulakan pada pertengahan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pasar Malam Tahun Baharu Cina Lido anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dataran Lido, di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt, Presiden FCAS Tan Sri T.C. Goh dan Naib Presiden FCAS Kapitan Fung Chun Fatt dan Ng Young Wah.

Dalam pada itu, mengenai penaiktarafan kemudahan pelancongan di Layang Layang di Gunung Kinabalu (2,744 meter dari paras laut), Christina berkata, projek asrama itu dijadualkan siap menjelang Mei tahun ini.

Terdahulu, T.C. Goh dalam ucapannya berkata Dataran Lido menyerupai ‘Chinatown’ di mata masyarakat Cina tempatan dan penduduk asli.

“Majoriti pelanggan Lido Square adalah orang Cina, yang memilih tempat untuk kerja pemasaran mereka, dan 80 peratus daripada pekedai juga adalah orang Cina.

“Dan buat pertama kalinya, Karnival Tahun Baharu Cina (anjuran bersama FCAS dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dipindahkan ke Dataran Lido, seterusnya memartabatkan Lido sebagai tempat berkumpul masyarakat Cina,” katanya.

Goh berkata, Lido Square adalah pasar basah Cina terakhir yang masih ada di Kota Kinabalu, memandangkan saiz pasar ini lebih besar berbanding di Taman Foh Sang, Luyang.

“Lebih-lebih lagi, pasar basah sedia ada di Pasar Besar Kota Kinabalu di pusat bandar tidak menjadi pilihan pertama bagi kaum Cina tempatan selama bertahun-tahun,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular