HomeUtamaKomuniti tanpa tunai bantu majukan keterangkuman kewangan luar bandar

Komuniti tanpa tunai bantu majukan keterangkuman kewangan luar bandar

Read Time:1 Minute, 22 Second

Keningau : Usaha pelaksanaan komuniti tanpa tunai dalam kalangan masyarakat luar bandar adalah sejajar dengan komitmen Kerajaan dalam memajukan keterangkuman kewangan di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, usaha yang dilaksanakan AgroBank itu juga berupaya memberi manfaat kepada peniaga dan pelanggan selain memodenkan setiap transaksi urus niaga.

“Dengan beralih kepada komuniti tanpa tunai, urus niaga akan menjadi lebih cepat, mudah dan selamat, tanpa keperluan untuk pengeluaran tunai di ATM.

“Selain itu, ia juga dapat memastikan penjual dan peniaga boleh terus mendapat bayaran tanpa keperluan transaksi wang tunai dari pelanggan dan tanpa keperluan menyediakan duit kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas melancarkan Program Komuniti Tanpa Tunai di Tamu Pekan Sook di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Agrobank Zahid Ahmad Zawawi.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, lawatan ke tamu itu memberi peluang kepada beliau untuk meninjau keadaan di Tamu Pekan Sook selain berjumpa dengan para penjaja dan pelawat.

“Saya akan membuat perancangan untuk meningkatkan lagi program di kawasan ini serta usahakan penambahbaikan untuk keselesaan para penjaja dan tetamu serta meningkatkan ekonomi kawasan,” katanya.

Terdahulu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, usaha itu juga sejajar dengan mandat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperkenalkan perkhidmatan perbankan mudah iaitu cashless QR Pay kepada peniaga sekitar.

Katanya, inisiatif ini juga bertujuan memperkasakan komuniti dengan ekosistem kewangan yang lebih teguh dan pematuhan piawaian perbankan negara.

Sebelum ini, Agrobank melalui strategi pendekatan komuniti luar bandar telah merasmikan program pendigitalan dibawah inisiatif komuniti tanpa tunai turut melancarkan ia di Kota Kinabalu pada 20 Oktober 2023. – SABAH MEDIA / FOTO AGROBANK

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular