HomeUtamaPenjawat awam perlu kuasai pelbagai kemahiran

Penjawat awam perlu kuasai pelbagai kemahiran

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Penjawat awam khususnya di negeri ini perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi memberi mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, tahap kompetensi dalam menyampaikan maklumat dan kecekapan melaksanakan tugasan adalah sangat diutamakan bagi mencapai matlamat serta aspirasi jabatan.

“Semua pegawai hendaklah melengkapkan diri dengan set kemahiran komunikasi, pengurusan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang membolehkan kita berdaya saing. 

“Kesinambungan kepimpinan perkhidmatan awam adalah terletak diatas pegawai yang berilmu, praktikal, berwawasan dan kreatif,” katanya semasa Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), di sini semalam.

Pada majlis itu seramai 32 orang pegawai menerima surat kenaikan pangkat pelbagai jawatan antaranya seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48, 22 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DG34 dan enam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DG32.

Manakala seorang pegawai dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S32, seorang Penolong Pegawai Syariah LS32 dan seorang lagi Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S22.

Sementara itu, Arifin berkata, pegawai yang memiliki kemahiran, bakat, berprestasi tinggi dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang layak diberi pengiktirafan sewajarnya termasuklah pemerkasaan pembangunan diri dan peluang kenaikan pangkat laluan pantas (Fast-Track). 

Hadir sama, Pengarah JHEAINS, Jumain Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Pentadbiran JHEAINS, Ahmad Yusop, Timbalan Pengarah Pendidikan JHEAINS, Abd Rahman Talipuddin dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS, Ag. Juri Awang Tahir.

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular