HomeUtamaKimanis, Sepanggar masih catat IPU tidak sihat

Kimanis, Sepanggar masih catat IPU tidak sihat

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Kimanis dan Sepanggar (Politeknik Kota Kinabalu) masih mencatat  bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Bacaan IPU yang direkodkan di kawasan Kimanis ialah 113 dan Sepanggar (Politeknik Kota Kinabalu) 112 itu dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di beberapa kawasan.

Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Kota Kinabalu yang mencatat bacaan 65, Labuan (57) dan Sandakan (51) dikategorikan sebagai sederhana.

Manakala bagi Tawau, bacaan IPU dikategorikan sebagai baik iaitu dengan bacaan 50 dan Keningau 43.

Kebakaran terbuka membabitkan kawasan lalang, belukar dan hutan dikenal pasti antara punca peningkatan bacaan udara.

Semalam, kawasan longgokan tayar di kawasan tapak pelupusan sampah Kayu Madang Telipok terbakar menyebabkan berlaku asap tebal di kawasan berkenaan.

Kebakaran turut membabitkan sampah dan menyebabkan asap tebal yang menjulang tinggi dapat dilihat dari pusat bandar raya dan sekitarnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bidang pendidikan, modal insan keutamaan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular