HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot bawa muatan barang kawalan

Maritim Malaysia tahan bot bawa muatan barang kawalan

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pancing membawa muatan barang kawalan tanpa permit sah di perairan Kudat semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan pihaknya, bot terbabit berjaya ditahan di kedudukan lebih kurang 0.5 batu nautika timur muara Marina Kudat sekitar pukul 8.30 pagi semalam.

Katanya, bot ronda Zon Maritim Kudat yang pada ketika itu sedang menjalankan rondaan segera diatur gerak ke lokasi sejurus menerima maklumat daripada Unit Perisikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot pancing terbabit dikendalikan dua orang warga tempatan berusia antara 15 dan 28 tahun.  Pemeriksaan lanjut juga menemui lebih kurang lapan tong berisi minyak petrol dan lima tong gas di atas bot pancing berkenaan yang dibawa tanpa permit sah.

“Bot serta barang rampasan seterusnya dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan selanjutnya. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM100,000,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maurice berkata, kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah dan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah kerana menyalahgunakan syarat lesen.

Katanya, Zon Maritim Kudat memohon kepada komuniti maritim untuk terus memberikan kerjasama untuk melaporkan sebarang salah laku jenayah di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO Maritim Malaysia

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Empat peserta wakili SSA ke kejohanan menembak terbuka IPSC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya