HomeUtamaPolis rampas lebih RM5 juta pelbagai barangan melalui Operasi Khas Benteras Penyeludupan

Polis rampas lebih RM5 juta pelbagai barangan melalui Operasi Khas Benteras Penyeludupan

Read Time:2 Minute, 34 Second

KUALA LUMPUR — PDRM melalui Kerjasama pelbagai agensi Penguatkuasaan dan operasi telah berjaya menahan seramai 10 individu, termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas pada 14 Mei hingga 18 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata pihaknya turut merampas pelbagai barangan, hidupan liar dan barang kawalan dianggarkan bernilai RM5.45 juta.

Menurutnya melalui Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (Wcb/Psk), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Jkdnka)Melancarkan Enam Operasi Khas iaitu Op Taring Bravo 1, Operasi Bersepadu Khazanah, Op Taring Chiller Dan Op Taring Bravo 3  Yang Melibatkan Enam Serbuan Di Sekitar Kawasan Negeri Selangor, Terengganu, Sarawak Dan Sabah.

“Serbuan pertama berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan menahan empat lelaki warga tempatan di Puchong, Selangor pada 14 Mei lalu.

“Polis merampas 98,400 liter minyak diesel bersubsidi, sebuah lori bonded, sebuah lori tangki, sebuah treler serta dua kontena. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Kamarudin berkata, serbuan kedua pula polis menumpaskan sindiket penyeludupan hidupan liar dan seorang lelaki warga tempatan di Besut, Terengganu pada 15 Mei lalu.

“Polis berjaya merampas 58 ular pelbagai jenis dan lapan telur haiwan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 60 (1) (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Seksyen 22 (1) akta sama,” katanya.

Beliau berkata, pada hari sama polis bekerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) dan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Sibu, Sarawak membanteras aktiviti penyimpanan beras import dan penyeludupan bahan barangan sejuk beku.

“Kita menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sebanyak 649,750 kilogram beras import yang bernilai RM2.12 juta.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) kesalahan di bawah Peraturan 8(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit 1996,” katanya.

Katanya, serbuan keempat sebanyak 5,831 kotak makanan sejuk beku mengandungi pelbagai bahagian ayam telah dirampas.

“Tindakan kompaun sebanyak RM 25,000 dilaksanakan serta-merta seperti yang termaktub di bawah Seksyen 9(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.

Beliau berkata, serbuan kelima yang dijalankan pada 16 Mei lalu di Gombak, Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan hidupan liar susulan penahanan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan.

“Hasil serbuan, kita merampas enam burung pelbagai jenis antaranya Bayan Serindit, Ruak Ruak dan Greater Green Leafbird,” katanya.

Tambah, Mohd Kamarudin lagi,  pihaknya juga berjaya membanteras aktiviti penyimpanan gula kasar bersubsidi tanpa kebenaran di Kota Kinabalu, Sabah, pada 18 Mei lalu.

“Dalam serbuan itu dua lelaki warga tempatan ditahan dan sebanyak 52,944 kilogram gula kasar bersubsidi yang bernilai RM 256,626 dirampas,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan seramai 172 orang ditahan atas pelbagai kesalahan yang melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi serta penyeludupan hidupan liar dalam 78 serbuan di seluruh negara.

“Serbuan turut merampas pelbagai jenis rokok, arak, minyak diesel, minyak masak, gula, beras, hidupan liar, bunga api dan mercun, makanan sejuk beku serta minyak masak terpakai yang dianggarkan bernilai lebih RM194 juta,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bapa cabul anak tiri berusia 6 tahun, dihukum penjara 10 tahun,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular