HomeIsu tempatanPenaiktarafan daerah kecil Sook kepada daerah penuh mudahkan penduduk dapat perkhidmatan lebih...

Penaiktarafan daerah kecil Sook kepada daerah penuh mudahkan penduduk dapat perkhidmatan lebih cekap

Read Time:1 Minute, 45 Second

Sook : Penaiktarafan daerah kecil Sook kepada daerah penuh pada tahun ini diharap akan dapat memudahkan masyarakat luar bandar mendapatkan perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, penaiktarafan itu juga diharap akan dapat meningkatkan lagi capaian perkhidmatan kerajaan negeri dan persekutuan di Sook. 

“Penaiktarafan Pejabat Daerah Kecil Sook kepada daerah penuh oleh Kerajaan Negeri Sabah tahun ini sememangnya membawa khabar gembira kepada rakyat Sook.

“Selaras dengan proses penaiktarafan Sook, pembangunan-pembangunan di kawasan ini akan terus diperhebatkan. Antara yang utama ialah meningkatkan mutu, keperluan dan bangunan kesihatan di Sook yang sedia ada.

“Setakat ini sebanyak empat klinik di Sook iaitu Klinik Sook, Klinik Marapok dan Klinik Karamatoi sedang dalam proses penaiktarafan ke bangunan konkrit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah kecil Sook di sini kelmarin.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, selain itu Klinik Tulid juga telah siap dan sedang beroperasi manakala peruntukan untuk Klinik Mansiat yang musnah terbakar pada tahun 2022 telah lulus dan sekarang berada di fasa perolehan.  

Selain itu katanya, pembinaan Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKU) Sook juga akan turut dicadangkan untuk dibina bagi menempatkan kanak-kanak kurany upaya untuk diberi perhatian, bimbingan, mengikut kemampuan mereka. 

Menurutnya, TDKKU bakal menjadi pusat utama penempatan kanak-kanak OKU di kawasan pedalaman.

“Saya yakin selepas ini pasti lebih banyak lagi pembangunan akan terus diwujudkan di Sook bagi memenuhi kapasiti  keperluan penduduk Sook.

“Potensi dan kawasan Sook yang luas dan rata serta strategik iaitu menjadi titik utama jalan Nabawan ke Keningau dan Tongod ke Keningau pastinya akan merancakkan lagi pembangunan di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, pewartaan itu adalah antara hasrat dan misi beliau bagi memudahkan rakyat Sook agar terus mendapat  akses perkhidmatan kerajaan yang lebih efisien dan efektif selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ). 

“Oleh itu saya menyeru agar warga Sook menyokong apa juga agenda pembangunan yang dibawa oleh kerajaan yang sudah pastinya untuk kesejahteraan dan kemajuan masyakarat pedalaman. Mari kita terus bekerja keras untuk Sook,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular