HomeUtamaMustapha dilantik Ketua PKR Sabah baharu

Mustapha dilantik Ketua PKR Sabah baharu

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud hari ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) atau Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baharu.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Sangkar Rasam yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengesahkan perkara itu ketika ditanya mengenai perkembangan itu di sini sebentar tadi.

“Ya, baru diumumkan oleh Presiden,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Selain Mustapha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam yang juga Ketua Cabang PKR Sepanggar, Peto Galim turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Sabah.

Pada Mac lalu, Ketua Cabang PKR Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah mengetuai 15 Ketua Cabang dari seluruh negeri menandatangani akuan bersumpah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Sangkar dan memintanya meletak jawatan secara terhormat.

Kumpulan itu turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR menimbangkan agar seorang pengerusi baharu dilantik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Dalam kenyataan balasnya selepas itu, Sangkar menyatakan enggan meletak jawatan dan menyerahkan kepada presiden untuk membuat keputusan.

RELATED ARTICLES
Utama

NGO selar individu tidak serah maklumat kepada SPRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular