HomeSukan244 pemain sertai Kejohanan Badminton Piala Mayor

244 pemain sertai Kejohanan Badminton Piala Mayor

Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Seramai 244 pemain dari seluruh Sabah termasuk Sarawak dan Indonesia telah menyertai Kejohanan Badminton Piala Mayor kali keempat 2024 yang berakhir semalam.

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu telah dirasmikan penutupan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu di sini.

Sabin ketika ditemui berkata, sebanyak lima kategori dipertandingkan pada kejohanan yang mendapat menyertai sebanyak 122 penyertaan.

“Objektif utama penganjuran Kejohanan ini adalah bagi menggalakkan gaya hidup sihat dengan menerapkan elemen sukan dalam kehidupan seharian.

“Kejohanan kali ini merupakan anjuran bersama DBKK Shuttlers, Kelab Badminton Rasmi DBKK bersama Sabah Badminton Association (SBA), dengan Hurricane Sports Enterprise sebagai penaja utama,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada kejohanan itu, sebanyak lima kategori dipertandingkan antaranya kategori lelaki Semi-Pro; Bergu Wanita Novis; Lelaki Novis; Wanita Novis Gabungan 80 Tahun dan Veteran Lelaki Novis Gabungan 90 Tahun. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular