Kuala Penyu : Sebanyak 26 buah pasukan terdiri dari pelbagai lapisan usia telah menyertai Pertandingan ‘Mobile Legends’ tertutup Parlimen Beaufort di sini baru-baru ini.
Pertandingan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Beaufort itu telah berlangsung selama sehari bertempat di Dewan KBS Kuala Penyu.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya.
Mohd Yazri berkata, penganjuran itu merupakan satu inisiatif yang positif dalam memastikan golongan belia terus bergiat aktif dalam aktiviti berfaedah.
“Kita melihat permainan game Mobile Legends ini sangat diminati ramai khususnya golongan belia dan anak muda.
“Justeru saya bagi saya inisiatif aktiviti seumpama ini sangat baik dan wajar diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya.
Terdahulu, pasukan Mancai berjaya muncul juara pertandingan dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000.
Naib Johan dimenangi Open Gadget membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan Anak Bulan membawa pulang hadiah wang tunai RM300. – SABAH MEDIA