HomeUtamaPenyelidik Bimbang Cadangan Penyelidik Universiti Monash Mengenai Padi Angin

Penyelidik Bimbang Cadangan Penyelidik Universiti Monash Mengenai Padi Angin

Read Time:2 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR – Seorang Pakar pembiakbakaan dan genetik padi menyuarakan kebimbangan serius terhadap kenyataan dari Pusat Pengajian Sains di Universiti Monash Malaysia mengenai padi Angin yang diterbitkan media tempatan baru-baru ini.

Menggambarkan penyelidikan itu berbahaya di mana baginya ianya bakal berpotensi mencipta isu yang lebih besar kepada petani dan kelihatan kaedah yang digunakan untuk menangani masalah itu tidak tepat.

Katanya kehadiran padi liar ataupun dikenali dengan padi angin , adalah disebabkan oleh pencemaran mesin penuaian dan aktiviti perladangan , mutasi daripada campuran biji benih yang tidak tulen, penyebaran oleh burung, haiwan, serta cuaca, dan perkara ini telah di dokumentasikan dengan baik sebelum ini.

Organisasi seperti Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) dan badan penyelidikan beras lain telah mengkaji dengan teliti isu yang dibangkitkan ini katanya ketika dihubungi The Rakyat Insight mengenai laporan media tempatan berhubung laporan mengenai padi angin yang mungkin akan berubah dari ancaman menjadi keajaiban serta dapat menyelesaikan masalah kekurangan padi di Malaysia pada masa depan.

Memetik laporan Malaymail, penyelidik dari School of Science dari Universiti Monas Song Beng Kah itu berkata walaupun mempunyai cabaran, padi liar mempunyai potensi sebagai sumber genetik untuk usaha pembiakan padi pada masa depan kerana kepelbagaian genetiknya, yang dirujuk sebagai germplasm, menawarkan pelbagai ciri yang boleh memberi manfaat untuk membangunkan varieti padi baru.

Beliau berkata bahawa germplasm merujuk kepada bahan genetik, bertindak sebagai takungan sumber genetik untuk usaha pembiakan masa depan.

Sebagai contoh, Song menambah bahawa apabila bertujuan untuk menanam varieti baru padi biasa, pelbagai kombinasi diuji menggunakan penanda genetik untuk pembiakan silang bagi menentukan keberkesanannya.

“Germplasm berfungsi sebagai sumber genetik penting untuk usaha pembiakan padi masa depan. Untuk membangunkan varieti padi baru, akses kepada germplasm adalah penting. Pembiakan silang memerlukan penglibatan pelbagai jenis padi,” katanya.

MEMPROMOSIKAN SESUATU KAJIAN YANG TIDAK BERNILAI

Dalam pada itu seorang pakar lain yang turut diajukam soalan yang sama berkata adalah sesuatu yang tidak tepat untuk mempromosikan padi liar sebagai sesuatu yang bernilai. Sebaliknya, negara yang mempunyai industri padi yang lebih maju telah memilih untuk menghapuskan padi liar, dan melihatnya sebagai ancaman invasif kepada keselamatan makanan dan kelestarian.

Tambahnya Pakar di Taiwan dan Jepun menolak tegas dakwaan bahawa padi angin adalah isu semasa. Katanya mengambil contoh negara Taiwan khususnya, meeka telah menyelesaikan masalah padi liarnya 45 tahun yang lalu melalui Gerakan Beras Merahnya, satu model yang telah digunakan oleh IRRI untuk mengawal penyebaran padi liar.

malah katanya perkarra ini bukanlah sesuatu yang boleh berlaku dengan cepat dan serta-merta.

Beliau berkata berdasarkan pengalamannya apabila melibatkan pembiakan silang varieti dengan ciri-ciri unik itu ianya boleh mengambil masa selama 20-30 tahun untuk dibangunkan dan ianya turut menimbulkan isu lain.

Sebagai contoh, sejenis padi yang dihasilkan melalui hibrid dengan ciri-ciri istimewa dari pelbagai varieti padi angin untuk menghasilkan padi yang lebih kuat, rentan dengan keadaan cuaca, tahan penyakit dan sebagainya dan adakah hasilnya nanti akan berjaya dan jika ia berjaya, adakah ia akan mempunyai rasa yang sedap? Dan itu adalah satu lagi cabaran buat pembiak baka katanya.

Beliau yang turut menggunakan penjelasan paling mudah: Jika anda ingin menangkap seekor serigala liar dan membawanya pulang, berapa banyak masa dan usaha yang perlu anda luangkan untuk menjinakkannya? Katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular