HomeUtamaLebih 400 pelajar sekitar Ranau sertai 'Discover Petronas @ School'

Lebih 400 pelajar sekitar Ranau sertai ‘Discover Petronas @ School’

Read Time:1 Minute, 48 Second

Ranau : Seramai lebih 400 orang pelajar dan 39 guru dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau serta beberapa buah sekolah lain telah menyertai program Discover Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) @ Schools di sini semalam.

Program yant dianjurkan di MRSM Ranau itu adalah bertujuan bagi menyemarakkan lagi minat pelajar di daerah ini terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Selain itu, program itu turut mendedahkan pelajar terhadap peluang kerjaya dalam sektor minyak, gas, dan tenaga serta memperkenalkan mereka kepada penajaan pendidikan Petronas.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun itu turut menampilkan forum kerjaya, aktiviti interaktif, dan pengalaman pembelajaran secara langsung, yang difasilitasi oleh sukarelawan Petronas.

“Penganjuran program Discover Petronas @Schools di MRSM Ranau ini amat bermakna kerana MRSM Ranau merupakan institusi yang terbaru di daerah ini dan menjadi kebanggan warga Ranau,” katanya.

Masidi turut menyifatkan program itu sebagai platform terbaik untuk pelajar mendapat pendedahan mengenai peluang kerjaya dalam sektor minyak, gas, dan tenaga.

Pada majlis itu, Masidi turut menyaksikan penyerahan Obor Ulang Tahun ke-50 Petronas, sebagai simbolik pembudayaan ilmu dan inovasi merentas generasi.

Obor tersebut  merupakan satu daripada dua  obor ‘Journey of the Twin Torches’ yang dibawa menjelajah secara berasingan ke pelbagai lokasi dan acara yang signifikan dalam legasi Petronas. 

Kedua-dua obor itu akan disatukan pada sambutan ulang tahun PETRONAS ke-50 di Kuala Lumpur pada 17 Ogos.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pengurusan  Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Ruslan Islahudin berkata, pihaknya sentiasa komited dalam memastikan inisiatif pendidikan Petronas sampai ke seluruh pelusuk Sabah. 

Katanya, pada tahun lalu sahaja, Petronas telah menjalankan pelbagai program pendidikan dan pembangunan modal insan melibatkan lebih 136,100 belia Sabah.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Rakan Kongsi Sumber Manusia Global, Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Maria Teo berkata, inisiatif pendidikan syarikat itu telah bermula seawal tahun 1975.

Maria, yang berasal dari Penampang, turut berkongsi peristiwa bersejarah dalam hidupnya apabila ditawarkan tajaan pendidikan Petronas pada tahun 1996.

Beliau juga merupakan seorang daripada dua penerima rakyat Sabah pada tahun itu.

“Selama setengah abad, Petronas telah membentuk dan memupuk bakat pelbagai anak muda di seluruh negara, termasuk diri saya sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PETRONAS

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular