HomeUtamaGuru bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau terima Anugerah ISTE

Guru bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau terima Anugerah ISTE

Read Time:1 Minute, 20 Second

BERNAMA

Keningau: Guru bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau (KVC), Dr Sirhajwan Idek dinobatkan sebagai seorang daripada penerima 20 to Watch Award oleh International Society for Technology in Education (ISTE).

Senarai pemenang termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Northern Mariana Islands diumumkan oleh ISTE, sebuah persatuan pendidikan yang berpangkalan di AS menerusi laman sesawang, semalam di https://iste.org/iste-20-to-watch-award.

Menurut Sirhajwan, 35, anugerah itu bersempena dengan sumbangan beliau merintis program pendidikan maya yang membolehkan pelajar dan guru di negara ini menyertai sesi latihan serta pembelajaran secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom.

Beliau berkata, program pendidikan maya dikenali Virtual, Remote, Live atau Viral telah diiktiraf sebagai satu daripada amalan terbaik pendidikan oleh Pusat Serantau bagi Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal, Pertubuhan Menteri-Menteri Asia Tenggara (SEAMEO) yang berpangkalan di Brunei.

“Projek ini berjaya menghubungkan lebih 2,000 pelajar dan guru di Malaysia dengan pendidik golongan ilmuwan dari negara lain yang membantu mereka mempelajari pelbagai topik serta mengetengahkan hasil kerja mereka dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, semalam.

Sebagai penerima anugerah, Sirhajwan menerima plak, keahlian premium ISTE, pendaftaran percuma ke persidangan maya dan peluang untuk menyumbang terhadap pendidikan berasaskan teknologi melalui penulisan artikel dan sesi perkongsian.

Sementara itu, Pengarah KVC, Nordin Akup mengucapkan tahniah kepada Sirhajwan kerana kegigihannya memberi peluang pembelajaran kepada pelajar dan pendidik dengan meneroka pelbagai kaedah.

“Saya harap guru-guru di kolej ini untuk terus cekal memberi yang terbaik dalam mendidik generasi muda negara,” katanya.

Keningau ialah sebuah daerah yang terletak di pedalaman Sabah, kira-kira 106 kilometer ke selatan Kota Kinabalu.– BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan MALBATT selamat, kenderaan rosak diserang orang awam Lubnan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular