HomeIsu tempatanUMS terus tradisi laksana ibadah korban sempena Aidiladha

UMS terus tradisi laksana ibadah korban sempena Aidiladha

Read Time:40 Second

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) meneruskan tradisi pelaksanaan ibadah korban di universiti seperti tahun-tahun sebelumnya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

PIUMS dalam satu kenyataan berkata, pada tahun ini seramai 35 peserta korban terlibat dalam ibadah korban di UMS, dengan lima ekor lembu dikorbankan secara bergotong-royong di Perkarangan Masjid UMS.

“Manakala sejumlah 35 orang kakitangan UMS dan 30 orang pelajar turut terlibat membantu dan menjayakan kerja-kerja penyembelihan, melapah dan pengagihan daging korban.

“Daging korban kemudiannya diagihkan kepada kakitangan-kakitangan dan pelajar-pelajar UMS, selain jamuan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha turut diadakan untuk warga UMS selepas Zohor,” demikian kenyataan dari PIUMS. 

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor turut berkesempatan meninjau aktiviti korban yang dilaksanakan pada sebelah pagi. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular