HomeUtamaJANS siasat aduan kejadian air keruh

JANS siasat aduan kejadian air keruh

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang menjalankan siasatan bagi mencari punca aduan berhubung kejadian air keruh yang berlaku di beberapa kawasan sekitar utara Kota Kinabalu.

Aduan yang diterima sebilangan penduduk sejak pagi tadi itu melibatkan kawasan Kingfisher, Sulaman Central, Hospital Likas dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta beberapa kawasan lain.

JANS dalam satu kenyataan berkata, sejurus menerima aduan, pasukan teknikal telah digerakkan bagi menyiasat kejadian tersebut.

“Pemeriksaan dijalankan bermula dari Loji Rawatan Air (LRA), saluran paip utama, tangki takungan, paip retikulasi hingga ke meter pengguna.

“Hasil penyiasatan mendapati pengeluaran air dari LRA Telibong Dua masih pada tahap normal dan mematuhi piawaian kualiti air yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu di sini malam ini.

Kenyataan itu turut berkata, kerja-kerja ‘flushing’ dari saluran paip di kawasan-kawasan yang terjejas telah dilaksanakan bagi memastikan kualiti air yang bersih dan selamat kepada pengguna.

“Siasatan dan pemeriksaan masih diteruskan oleh pasukan teknikal JANS bagi mengesan punca sebenar di samping mengelakkan kejadian air keruh ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey turut mengesahkan berlaku kejadian air keruh

“Ya, JANS sedang memeriksan dan sedang buat ‘flushing’, air keluar dari loji Telibong sudah diperiksa semuanya diperakukan baik.

“Tapi bila sampai di K1 (tangki simpanan) kekeruhan tinggi dan yang memusykilkan lagi ialah aduan air yang berbau, saya tunggu laporan lanjut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular