HomeUtamaPeringatan: Pembangun Solar Berskala Besar yang berminat beli dokumen RFP, tarikh akhir...

Peringatan: Pembangun Solar Berskala Besar yang berminat beli dokumen RFP, tarikh akhir pada 26 Jun 2024

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) mengingatkan syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai proses bidaan bagi projek Loji Kuasa Fotovoltaik (PV) Solar Berskala Besar (LSS) (LSS-SABAH2024), bahawa tarikh akhir untuk membeli dokumen RFP (Request for Proposal) adalah pada 26 Jun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata seperti yang disebut dalam notis kenyataan bidaan terbuka, tarikh terakhir untuk pembelian dokumen RFP ialah pada 26 Jun 2024, jam 5 petang.

“ECoS akan mengadakan sesi taklimat dalam talian yang akan diadakan pada 1 Julai 2024 untuk semua pembeli dokumen RFP bagi memudahkan penyerahan dokumen bidaan sebelum tarikh akhir pada 23 September 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memberi peringatan kepada syarikat-syarikat bahawa mereka juga dikehendaki melantik Kontraktor Elektrik dengan Kelas PV (Bersambung-Grid) yang berdaftar dengan ECoS.

“Pada masa ini hanya ada 15 Kontraktor Elektrik dengan Kelas PV (Bersambung Grid) (ECCPV (GC)) yang berdaftar dengan ECoS, dan 9 daripadanya adalah syarikat tempatan Sabah, namun bukan semua mempunyai keupayaan untuk menjalankan projek solar berskala besar,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menggalakkan semua Kontraktor Elektrik dengan Kelas PV (Bersambung-Grid) yang layak dan kompeten untuk mendaftar dengan ECoS kerana dijangka lebih ramai kontraktor diperlukan untuk mengendalikan jumlah projek LSS yang besar di bawah LSS-SABAH2024.

Dalam pada itu, Nasser juga menyambut baik kepentingan kontraktor berskala kecil yang juga diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan mereka bagi menyokong program SELCO-PV Sabah yang sedang dijalankan dan sekaligus boleh menyediakan lebih banyak pilihan kepada pemaju yang akan datang.

“Oleh itu, saya amat menggalakkan kontraktor yang berminat untuk mendaftar awal dengan ECoS, dan saya dapat memberi jaminan bahawa kami akan memudahkan kelulusan, tertakluk kepada syarat-syarat yang diperlukan,” katanya.

Senarai semasa kontraktor ECCPV (GC) boleh diperolehi di https://ecos.gov.my/content/list-contractors di bawah kategori Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy).

Dokumen bidaan boleh dilihat di Ibu Pejabat ECoS semasa waktu pejabat dan maklumat umum tentang bidaan juga boleh diperolehi di www.ecos.gov.my/LSS-SABAH2024 atau emel [email protected].
Tarikh akhir untuk pembelian dokumen RFP adalah pada 26 Jun 2024, jam 5 petang.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular