HomeSukanSabah hantar kontinjen terkuat sertai SUKMA di Sarawak

Sabah hantar kontinjen terkuat sertai SUKMA di Sarawak

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Sabah akan menghantar kontinjen terkuat bagi menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI yang akan berlangsung di Sarawak Ogos ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah juga akan memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

“Saya yakin penganjuran SUKMA dan Para SUKMA pada kali ini berjalan dengan baik dan Sarawak mampu melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak yang diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Abdul Karim turut memberi taklimat persiapan Sarawak selain menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Hajiji untuk menghadiri majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak pada Ogos dan Para SUKMA yang akan diadakan sebulan kemudian.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr.Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Datuk Mansur Asun.

Sementara Abdul Karim berkata, SUKMA XXI Sarawak kini berbaki 58 hari lagi dan segala persiapan sudah cukup teratur dengan temasya itu akan diadakan di sembilan bahagian negeri Sarawak.

Katanya, Sabah merupakan negeri terakhir yang dikunjungi oleh Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI selepas mengunjungi semua negeri termasuk Negara Brunei Darussalam.

Rombongan Abdul Karim terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menterinya, Datuk  Rosey Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Ker, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick dan Pengara Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Semawi Mohamad. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala MFL : Alto ambil alih bimbing Sabah FC II, mahu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular