HomeUtamaSeorang lagi ditahan babit kes sindiket wang hilang dalam akaun simpanan lebih...

Seorang lagi ditahan babit kes sindiket wang hilang dalam akaun simpanan lebih RM20 juta

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Satu tangkapan baharu dilaporkan semalam membabitkan sindiket kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan sebuah bank berjumlah RM24.2 juta.

Memetik laporan Buletin TV3 hari ini, suspek seorang wanita berusia 40an yang juga penjawat awam antara disyaki terjerat dengan salah seorang suspek yang juga tunangnya dalam sindiket berkenaan.

Perintah reman selama tiga hari bermula esok dikenakan terhadap suspek yang dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas permohonan dibuat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Sementara itu perintah reman ke atas 10 orang lagi suspek berhubung sindiket terbabit disambung tiga hari lagi bermula hari ini.

‘Orang dalam’ yang juga pegawai bank antara 10 suspek terlibat bersekongkol bagi urusan pengeluaran wang terbabit.

Perintah sambung reman ke atas semua suspek berusia antara 20an hingga 50an tahun itu dikeluarkan oleh Majistret sama, Stephanie Sherron Abbie, di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Kesemua suspek yang telah ditahan dipercayai berkaitan kes kehilangan wang terbabit di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan penipuan.

Perintah reman terbabit disambung sejak direman buat kali pertama pada 17 Jun lalu yang tamat tempoh reman hari ini, susulan permohonan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Terdahulu, media melaporkan kakitangan sebuah bank ditahan selepas disyaki bertindak sebagai ‘orang dalam’ bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan pada awal Jun memaklumkan berlaku pengeluaran yang mencurigakan.

Menurutnya, laporan dibuat mangsa dan kakitangan bank terbabit di Petaling Jaya, Selangor mendakwa berlaku pengeluaran secara tunai di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular