HomeSukanRayuan Ziyad Ditolak, Pingat Emas Tetap Dibatalkan

Rayuan Ziyad Ditolak, Pingat Emas Tetap Dibatalkan

Read Time:1 Minute, 44 Second

CYBERJAYA ~~ Olahraga Para Dunia menolak rayuan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli untuk membatalkan keputusan final lontar peluru F20 pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Ziyad terlepas pingat emas acara berkenaan dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya berkenaan berakhir.

Olahraga Para Dunia dalam satu kenyataan, hari ini, berkata keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan Ziyad bersama atlet Ecuador dan Australia itu diputuskan oleh juri rayuan badan induk itu.

“Keputusan ini berdasarkan Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke Call Room’ (bilik panggilan) yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

“Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room. 

“Selepas mempertimbangkan bukti itu, pengadil memutuskan bahawa tidak ada alasan yang tepat untuk kegagalan atlet melaporkan diri ke Call Room tepat pada waktunya.

“Atlet mengemukakan keputusan ini kepada juri rayuan, yang memberi peluang kepada pasukan untuk menyampaikan semua maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan akhir. Juri rayuan mempertahankan keputusan pengadil dan mengesahkan keputusan atlet terbabit sebagai DNS,” katanya.

Kejayaan Ziyad meraih emas dan memecahkan rekod dunia, semalam ‘dirompak’ susulan protes yang dilakukan kem Ukraine.

Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Bagaimanapun, kem Malaysia bersama Ecuador dan Australia melakukan protes semula dan membawanya pada mesyuarat ketua-ketua kontinjen, hari ini.

Terdahulu, pada aksi di Stadium Olimpik Tokyo, Ziyad mencetuskan kegembiraan buat kontinjen negara apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes, berjaya meraih emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular