HomeUtamaSekretariat SMJ, UMS meterai MoU perkukuh kerjasama bidang ekonomi biru

Sekretariat SMJ, UMS meterai MoU perkukuh kerjasama bidang ekonomi biru

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Sekretariat Sabah Maju Jaya serta Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Maritim, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.

UMS diwakili, Naib Canselornya Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor manakala Sekretariat Sabah Maju Jaya diwakili oleh Ketua Pegawai Penyelarasnya, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Majlis MoU ini turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.

Antara tujuan MoU ini adalah untuk memperkukuh kerjasama institusi dalam bidang ekonomi biru dan maritim sekali gus meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negeri ini.

“MoU ini juga akan memastikan pemindahan ilmu dan teknologi terkini dapat dipratikkan selain menggalakkan penyediaan data berkualiti untuk pembuatan dasar.

“Selain itu juga MoU ini akan menyokong agenda pembangunan negeri Sabah, serta menarik pelaburan dalam bidang ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Tandas bersih kriteria utama perbaharui lesen perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular