HomeUtamaHospital di Sabah alami defisit bekalan darah

Hospital di Sabah alami defisit bekalan darah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Hospital di Sabah terpaksa meminta ihsan dari negeri lain bagi mendapatkan bekalan darah tambahan berikutan ketidakcukupan darah yang didermakan di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 14,000 beg darah telah dibawa masuk dari negeri lain bagi menampung permintaan.

Katanya, penggunaan yang tinggi adalah disebabkan faktor Sabah mempunyai pesakit talasemia major tertinggi di Malaysia dengan jumlah 1,800 pesakit.

“Secara purata, 2,000 hingga 2,200 beg darah diperlukan di seluruh Malaysia untuk kegunaan 1,000 orang pesakit setiap hari.

“Manakala, untuk negeri Sabah pada tahun lalu, 110,000 unit darah telah diberikan kepada pesakit berbanding 76,000 unit yang telah dikumpulkan.

“Perkhidmatan transfusi negeri terpaksa meminta ehsan dari negeri lain untuk mengisi defisit sebanyak 14,000 bag darah ini. Penggunaan yang tinggi disebabkan faktor Sabah mempunyai pesakit talasemia major tertinggi di Malaysia dengan jumlah 1800 pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar Ahsim Jamat.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pendermaan secara berterusan adalah perlu untuk memastikan simpanan stok darah semasa mencukupi dan selamat.

Katanya, ini kerana jangka hayat darah yang pendek iaitu 42 hari untuk darah merah dan lima hari untuk platelet.

“Pihak hospital memerlukan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi sepanjang masa,” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Calon GRS boleh menang diketengahkan untuk bertanding dalam PRN17 Sabah –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular