HomeIsu tempatanCubaan seludup barang kawalan tanpa permit ke negara jiran gagal

Cubaan seludup barang kawalan tanpa permit ke negara jiran gagal

Read Time:1 Minute, 2 Second

Sandakan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan disyaki membawa barang kawalan tanpa permit sah di perairan Sandakan baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, dalam rondaan yang dilaksanakan telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan berhenti untuk tujuan pemeriksaan pada jam 2 pagi pada hari tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot kargo tersebut dikendalikan tekong berusia 70 tahun dan awak-awak berusia 27 tahun yang memegang kad pengenalan pemastautin tetap manakala seorang lagi awak-awak warga tempatan berusia 43 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam bot seterusnya menemui barang kawalan bersubsidi terdiri daripada 150 kilogram beras, 48 kilogram gula dan 17 kilogram minyak masak tanpa permit yang sah, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Suhairy berkata, kesemua barang kawalan beserta bot terbabit ditahan pada jam 2.40 pagi untuk siasatan lanjut.

Katanya, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk barang kawalan dan bot adalah sekitar RM63,000.

“Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 10(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular