HomeUtamaDUN Sabah : HQE 2 kekal dengan namanya, masih terima pesakit lain

DUN Sabah : HQE 2 kekal dengan namanya, masih terima pesakit lain

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 kekal dengan namanya sekarang meskipun dijenamakan semula sebagai Pusat Jantung Sabah (PJS).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, hospital berkenaan juga masih menerima pesakit dari seluruh Sabah selain untuk rawatan jantung.

“Untuk makluman, HQE 2 masih menerima pesakit lain sama ada dari Sandakan, seluruh Sabah.  Dia masih berstatus menerima pesakit luar walauapun dia sudah berstatus PJS.

“Untuk penjenamaan HQE 2 ini, kita masih kekalkan kepada HQE 2 sehingga kita ada bangunan baru khas untuk PJS dan tanah tersebut telah disebutkan oleh Ketua Menteri seluas 10 ekar berdekatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah semata-mata untuk pembinaan PJS akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jaujan Sambakong pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

James yang juga Exco Kesihatan berkata, PJS pada ketika ini hanya beroperasi di tingkat lapan HQE 2 yang dikhaskan kepada pesakit jantung dan selebihnya untuk pesakit-pesakit luar.

“Sebab itu peruntukan sebanyak RM80 juta itu digunakan untuk memperbesarkan perkhidmatan kecemasan dan menaik taraf katil-katil pesakit jantung selain menambah kepakaran doktor.

“Kalau dulu dari segi pembedahan, kita boleh membedah satu hingga empat pesakit sehari tetapi dengan adanya peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri ini mungkin ianya boleh menambah satu hingga 10 orang pesakit untuk dibedah setiap hari,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal, James berkata, HQE 2 telah mula memberikan perkhidmatan rawatan jantung sejak tahun 2012 lagi.

Katanya, kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi menjadikan Hospital ini sebagai PJS adalah merangkumi sesi perbincangan skop dan lawatan kerja oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Selain itu, permohonan bagi penjawatan sumber manusia dan juga kertas kerja menaiktaraf HQE 2 sebagai PJS telahpun dikemukakan kepada pihak KKM,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular