HomeUtamaIndustri halal Sabah terus diperkasa

Industri halal Sabah terus diperkasa

Read Time:2 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Industri halal di Sabah khususnya membabitkan pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) akan terus diperkasa dan terpelihara menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu juga seiring dengan komitmen kerajaan yang terus komited untuk memperkasakan dan merancakkan industri halal yang lebih menyeluruh di negeri ini.

Katanya, dengan adanya pensijilan halal, ianya akan dapat membantu usahawan IKS mengetengahkan produk mereka bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara.

Tambahnya lagi, pensijilan halal merupakan elemen penting dalam meyakinkan masyarakat pengguna bahawa produk tersebut benar-benar halal dan selamat dimakan dan digunakan. 

“Konsep halal berkait rapat dengan produk yang berkualiti tinggi dari segi aspek kebersihan dan pematuhan terhadap syariah agama.

“Saya berharap usaha MUIS yang telah memperkenal dan membuat pendekatan drastik bagi membantu IKS dalam memperolehi pensijilan Halal Malaysia melalui Sijil Halal Industri Kotej (SHIK) bagi pengusaha yang belum memiliki tempat khusus bagi memproses produk atau kilang tetap, akan diperluaskan ke seluruh negeri.

“Cara ini sudah tentu akan membantu IKS mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas. Saya mengharapkan agar pengusaha-pengusaha IKS mengambil peluang ini bagi memperolehi sijil Halal Malaysia melalui SHIK yang sekali gus boleh mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Expo Halal Antarabangsa Sabah (SAHEX) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata, SAHEX 2024 merupakan program yang sangat baik dalam memperkenalkan produk-produk tempatan yang telah dipersijilkan halal oleh MUIS melalui MUIS Halal Hub di negeri ini.

Katanya, halal bukan sahaja dikaitkan dengan perindustrian makanan dan minuman semata-mata malah skopnya amat luas merangkumi produk dan perkhidmatan melibatkan penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, kosmetik dan pelancongan.

Menurutnya, industri halal di Malaysia menyediakan peluang yang amat besar, justeru pengusaha IKS di Sabah perlu merebut peluang untuk terbabit dalam industri halal di negara ini.

“Kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta di negeri ini amat penting dalam pengurusan halal bagi memperkasakan aspek pensijilan halal khususnya kepada usahawan IKS. Usaha ini penting agar mereka juga mampu bersaing dan memiliki keupayaan dalam pasaran industri halal di Sabah.

“Ini juga bagi memastikan lebih ramai lagi usahawan IKS di Sabah akan mempunyai persijilan halal bagi memudahkan mereka mempromosikan produk hingga ke luar negara,” katanya.

Beliau turut berharap lebih banyak lagi kempen kesedaran mendapatkan sijil halal khususnya untuk usahawan IKS di negeri ini. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah berjaya bawa banyak perubahan positif dalam ekonomi, aspek pembangunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular