HomeUtamaJemaah haji diharap jadi duta promosi TH

Jemaah haji diharap jadi duta promosi TH

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu: Jemaah haji khususnya di negeri ini diharap dapat menjadi duta kepada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk membantu mempromosikan badan korporat itu sebagai pilihan utama pendeposit.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata langkah tersebut penting dalam usaha memperkasakan serta memastikan TH kekal sebagai penyedia perkhidmatan haji terbaik dunia.

“Apa yang kita harapkan mereka akan menjadi duta kepada tabung haji utk terus menyebarkan menyemarakkan semangat keluarga masing-masing khususnya di kampung supaya terus membantu Tabung Haji menyebarkan syiar haji.

“Yang sangat penting ialah memperkasa TH itu sendiri dengan menabung di sana, mendaftar dan sentiasa berkempen untuk menabung di Tabung Haji.

“Kita berharap mereka (jemaah haji) ini dapat membantu TH dalam memperkasa tabungan di tabung haji itu sendiri dengan caranya paling kurang berkempen untuk keluarga, diri sendiri dan terus menyumbang atau terus menabung,” katanya.

Beliau berkara demikian ketika ditemui pada Majlis Menyambut Keberangkatan Tiba Jemaah Haji Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.

Mengulas mengenai operasi haji tanah air pada tahun ini, beliau yang juga Exco Agama Negeri Sabah berkata, TH merupakan antara agensi pengurusan haji terbaik dunia yang terkenal dengan prestasi cemerlangnya.

“Operasi TH memang cemerlang sejak dahulu lagi dan kita yakin mereka sentiasa menabahbaik dan memang TH sangat profesional.

“Selepas saja umat islam menunaikan ibadah haji ni, mereka terus menyambung kursus untuk tahun depan di samping mereka buat post mortem untuk tambah baik perkhidmatan TH yang sentiasa mendapat pujian bukan sahaja dari kita tapi pujian di peringkat antarabangsa,” katanya.

Turut hadir menyantuni para jemaah haji Sabah ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar; Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Tabung Haji (TH), Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Negeri Sabah, Yusdi Nasip merangkap Pengarah Operasi Stesen Berlepas Kota Kinabalu Musim Haji 1445H/2024M.

Jemaah haji Sabah yang berlepas dari Kota Kinabalu sejak 1 Jun lalu, kini mula kembali ke tanah air menerusi enam penerbangan melibatkan lebih 900 orang hingga Rabu ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular