HomeUtamaLima PBS di Sabah akan terima VFRT, bertindak sebagai 'First Responder'

Lima PBS di Sabah akan terima VFRT, bertindak sebagai ‘First Responder’

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lima buah Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di negeri ini akan menerima jentera khas yang dinamakan sebagai ‘Volunteer Fire Rescue Tender’ (VFRT) bermula tahun ini sehingga 2026.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata, jentera khas itu dijangka akan dapat membantu JBPM dalam bertindak sebagai ‘First Responder’ jika berlaku kejadian bencana mahupin kecemasan.

Katanya, pemilihan PBS adalah melibatkan kawasan yang tidak mempunyai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

“Pihak jabatan dalam perancangan akan menyerahkan jentera khas untuk PBS yang kita namakan sebagai VFRT bermula pada tahun ini hingga 2026 iaitu dalam tempoh tiga tahun untuk Sabah.

“Antara PBS yang terlibat adalah di Lahad Datu; Sook; Ranau; Kudat dan juga daerah Beluran. Dalam tempoh masa terdekat insyaAllah untuk fasa yang pertama akan diserahkan pada bulan September atau Oktober tahun ini seterusnya diserahkan secara berfasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penutupan konvensyen PBS Zon Borneo di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Sabah Sepanggar di sini hari ini.

Farhan berkata, pihaknya juga berharap agar PBS terlibat akan lebih aktif dalam membantu jabatan termasuk komuniti setempat apabila jentera berkenaan diserahkan.

Terdahulu, mengulas mengenai konvensyen itu, Farhan berkata, sebanyak 10 buah PBS dari Sabah, empat Labuan dan dua dari Sarawak (Lawas) telah menyertai konvensyen berkenaan melibat Zon Borneo.

“Tujuan konvensyen bomba sukarela ini diadakan bukan saja pertandingan kawal kecekapan tetapi, disinilah untuk mereka bertemu mesra berkongsi pengalaman, maklumat berkaitan dengan perkembangan bomba sukarela khususnya di Zon Borneo.

“Selain itu mereka juga berkongsi berkenaan dengan pengalaman mereka di lokasi masing-masing berkenaan dengan penglibatan dlm dalam jabatan terutama dalam operasi kebombaan dan penyelamatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular