HomeUtamaSimulasi Haji Cilik beri pendedahan awal, pengalaman kepada anak kecil

Simulasi Haji Cilik beri pendedahan awal, pengalaman kepada anak kecil

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Program Simulasi Haji Cilik (SHC) merupakan satu inisiatif terbaik dalam memberi pendedahan awal serta pengalaman kepada anak kecil.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menerusi program itu juga ianya dapat memberi peluang kepada anak kecil bagi merasai pengalaman tawaf dan saie sekali gus menanam semangat serta kefahaman peserta mengenai konsep dan amalan ibadah haji.

“Setiap rukun-rukun yang terdapat di dalam ibadah Haji ini mempunyai makna dan simbolik yang tersendiri.

“Saya dimaklumkan bahawa sepanjang simulasi ini peserta Haji Cilik diperkenalkan dan diberi pengalaman untuk merasai suasana perlaksanaan rukun-rukun seperti cara berihram, Tawaf mengelilingi Ka’abah, Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwa, Wukuf di Arafah, melontar di Jamrah, sembelihan korban dan tahallul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian SHC di Pusat Konvensyen Antarabansa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapa beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, program itu juga dapat memberi anak kecil peluang bagaimana perjalanan ibadah haji yang sebenar.

Beliau turut berasa kagum melihat sokongan yang diberikan oleh semua peserta dan ibu bapa.

“Semangat seperti ini yang kita mahukan. Semoga dengan adanya aktiviti SHC ini, ia memberi kesan yang besar kepada anak-anak, bukan sahaja satu proses pembelajaran melalui pengalaman dan permainan, tetapi ia sangat memberi kesan kepada kesedaran untuk menunaikan ibadah haji dan umrah,” katanya.

Terdahulu, program SHC peringkat Sabah itu merupakan program simulasi anak-anak cilik terbesar yang pernah diadakan di Malaysia.

Program pada kali ini telah mendapat penyertaan seramai 1,500 peserta cilik dari 53 Tadika dan Sekolah Rendah Agama di Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

TSA 2012 & pelantar benua kekal sebagai perkara yang “tidak boleh...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular