HomeUtamaGagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN Likas

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN Likas

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah semalam.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan menjalin hubungan lebih erat dengan pihak kepimpinan bandar raya sekali gus menyampaikan input-input mengenai permasalahan penduduk-penduduk selain mendapatkan penjelasan dan input-input mengenai perkembangan semasa.

Menurut  Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim yang mengetuai kunjungan tersebut, pihaknya berharap dapat menjalin hubungan dua hala dengan DBKK khususnya dalam menyalurkan masalah rakyat yang berhubung kait dengan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

“Kita berharap dapat menjadi rakan strategik kepada pihak DBKK dalam menangani pelbagai masalah semasa terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kawasan Likas.

“Hal ini kerana sebagai sebuah parti politik kita saban hari menerima aduan rakyat secara langsung dan berharap masalah yang ditimbulkan ini dapat ditangani dengan lebih berkesan & efektif sekali gus meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dalam pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mayor DBKK di sini.

Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Muammar Julkarnain; Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din; Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Likas, Shamee Mohd Ron; Setiausaha Bahagian PGRS, Zakaria Mandalam; Ketua Penerangan Gagasan Likas, Mohd Shahezam Salisi serta ahli-ahli jawatankuasa bahagian Gagasan Likas.  

Sementara hadir daripada Pejabat DBKK ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Robert Lipon, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Saimon Angkak dan Ketua Kakitangan Pejabat Mayor, Rosie Inus Malakun.

Mohammad Bahrin berkata, semasa kunjungan itu beliau  telah menyuarakan isu sistem perparitan terutama kawasan tempat letak kereta digenangi air apabila berlaku hujan lebat, selain pokok kayu besar di kawasan Sekolah Kian Kok, Likas dan memohon untuk mendapat tempat untuk berniaga di  Pasar Malam ‘night market’  dan peluang-peluang pekerjaan di DBKK.

“Kita berharap pertemuan ini membolehkan kepimpinan parti memainkan peranan mereka dengan lebih baik dalam menyalurkan maklumat semasa kepada DBKK dan pihak berkenaan boleh memberikan maklum balas dengan lebih efisien langkah-langkah yang akan diambil.

“Semua ini bagi meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat setempat khususnya di Likas memandangkan proses perbandaran yang semakin pesat, penduduk yang semakin bertambah sekali gus mengundang pelbagai masalah semasa yang perlu diselesaikan dalam jangka masa segera atau jangka masa panjang,” ujar beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular