HomeUtamaTYT, Ketua Menteri hadir sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah

TYT, Ketua Menteri hadir sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hadir ke majlis sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada Rabu.

Hajiji tiba kira-kira jam 7.48 pagi kemudiannya menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dengan diiringi oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah danPesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Manakala Juhar yang tiba pada jam 8.00 pagi kemudian turut menerima Tabik Hormat DiRaja daripada Kawalan Kehormatan PDRM (Pecah Bendera) dan seterusnya memeriksa kawalan kehormatan.

Sambutan itu diisi dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah sertalagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, Tiupan Paluan Akhir “The Last Post” oleh PDRM.

Turut menyaksikan persembahan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia, bacaan sajak pahlawan, tiupan “Rouse” dan pameran.

Pada majlis itu juga turut disampaikan sumbangan kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa Peristiwa Tanduo Lahad Datu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan sumbangan kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa Peristiwa Tanduo Lahad Datu pada sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan pada Rabu. – Foto ihsan JKM Sabah.

Juhar bersama Hajiji dan jemputan lain turut meluangkan masa melawat Pameran Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Kadzim M Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk James Ratib, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Timbalan – Timbalan Speaker DUN dan Pembantu-Pembantu Menteri.

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular