HomeUtamaTiga mangsa rentung termasuk kanak-kanak perempuan 11 tahun

Tiga mangsa rentung termasuk kanak-kanak perempuan 11 tahun

Read Time:58 Second

PITAS: Tiga mangsa ditemui rentung termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam insiden kebakaran sebuah rumah yang berlaku di Kampung Blok 5 dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 2.19 awal pagi tadi (1 Ogos).

Katanya, setibanya pasukan Bomba dari Balai Bomba Kota Marudu ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh telah musnah 100 peratus.

“Terdapat tiga orang mangsa rentung membabitkan dua orang lelaki masing-masing berusia 50 dan 60 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

“Pasukan Bomba menemui ketiga-tiga mangsa yang rentung pertama di ruang tamu, mangsa kedua di dapur dan ketiga di kamar mandi.

“Manakala terdapat tiga orang lagi mangsa perempuan dewasa mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian itu turut terbakar dua buah kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja terbakar 100 peratus.

“Mangsa rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pemadaman sepenuhnya pada jam 6.36 pagi tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular