HomeUtamaMurid tadika agama digalakkan sertai Ihtifal Ilmi SAN

Murid tadika agama digalakkan sertai Ihtifal Ilmi SAN

Read Time:1 Minute, 11 Second

Beaufort : Penganjuran Ihtifal Ilmi Sekolah Agama Negeri (SAN) dicadang untuk dilaksanakan diperingkat sekolah tadika bagi memberi pendedahan awal kepada program yang dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, pihakanya akan cuba melihat kesesuaian selain jumlah tadika agama yang terlibat di seluruh Sabah.

“Harapan kita agar majlis seumpama ini dapat kita cadangkan untuk dilaksanakan di peringkat tadika agama kerana anak-anak yang masih bawah usia empat hingga enam tahun ini masih boleh dilatih lebih awal.

“Selain itu kita juga boleh memberi mereka pendedahan awal kepada program yang dianjurkan JHEAINS.  InsyaAllah kita akan cuba lihat kesesuaian dan juga jumlah tadika agama kita diperingkat seluruh negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Ihtifal Ilmi SAN (MIISAN) JHEAINS peringkat negeri Sabah bagi mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, MIISAN pada masa ini hanya dilaksanakan di peringkat negeri bagi sekolah agama rendah dan sekolah menengah agama dilaksanakan di peringkat Kebangsaan.

“Kita dapat lihat dalam program ini anak-anak kita telah dididik ustaz di peringkat sekolah agama rendah yang sebagaimana telah pun diperdengarkan menerusi bacaan Al-Quran dan sebagainya.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri kita sangat berterima kasih kepada warga pendidikan dan juga pegawai-pegawai kita diperingkat JHEAINS yang telah melakukan yang terbaik untuk mendidik anak-anak kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular