HomeSukanESSCOM alu-alukan kehadiran penggemar sukan layar ke Pantai Timur Sabah

ESSCOM alu-alukan kehadiran penggemar sukan layar ke Pantai Timur Sabah

Read Time:1 Minute, 38 Second

Sandakan : Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mengalu-alukan kehadiran penggemar sukan layar ke negeri ini khususnya di Pantai Timur Sabah.

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata, pihaknya juga turut memberi jaminan bahawa keselamatan para pelayar akan sentiasa diutamakan.

“Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ESSCOM komited memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tertinggi dan menjadi keutamaan kepada agenda keselamatan negara selaras dengan misi dan visi penubuhan ESSCOM itu sendiri.

“Kita berharap dengan kenyataan ini akan memberikan ketenangan minda kepada semua peserta ‘Sail Malaysia Passage To The East 2024’ dan seterusnya dapat menikmati keindahan permata tersembunyi atau ‘hidden gem’ yang terdapat di sepanjang peairan pantai Timur Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas melepaskan rali kapal layar yang menyertai Ekspedisi ‘Sail Malaysia Passage To The East 2024’ pagi tadi di perairan Sandakan di sini hari ini.

‘Sail Malaysia Passage To The East 2024’ merupakan program himpunan kapal layar terkenal dunia telah memulakan pelayaran di Sabah dari Kudat pada 26 Julai dan tiba di Sandakan pada 29 Julai lalu.

Seterusnya himpunan kapal layar itu meneruskan pelayaran ke daerah Kinabatangan. 

Pelayaran ini akan melabuhkan tirainya di Semporna pada 26 Ogos ini.

Victor berkata, program tahunan itu umpama suatu rahmat kepada ESSCOM khasnya dan negeri Sabah amnya kerana kehadiran peserta program saban tahun itu telah membuktikan kawasan pantai Timur Sabah yang terletak dalam kawasan Zon Selamat Sabah Timur atau ESS Zone adalah selamat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta pelayaran kerana memberikan kerjasama padu kepada kapal dan bot pengiring ESSCOM sehingga urusan kerja menjadi lebih mudah.

Pelayaran kali ini disertai oleh 21 kapal layar dengan jumlah peserta seramai 55 orang dari 10 negara iaitu Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Portugal, Filipina, New Zealand, Jerman, Switzerland, Slovenia and Tanzania.

Hadir sama Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohd Ismail Kamarudin; Pengarah Urusan ‘Sail Malaysia Passage To The East 2024’, Sazli Kamal Basha; Ketua Pasukan, David Anderson dan Kapten bot Sunrise III, Russel Stephens. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular