HomeSukanOlimpik Paris 2024 : Aaron-Wooi Yik pertahan gangsa, hadiahkan pingat pertama buat...

Olimpik Paris 2024 : Aaron-Wooi Yik pertahan gangsa, hadiahkan pingat pertama buat Malaysia

Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Pasangan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo apabila merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.

Kemenangan itu sekaligus menghadiahkan pingat pertama buat Malaysia selepas menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.

Pasangan beregu nombor satu negara itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menumpaskan lawan mereka di set kedua, seterusnya mencatat kemenangan di set ketiga.

Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular