HomeSukanPasukan badminton UMS sedia beri cabaran pada SUKUM Ke-45

Pasukan badminton UMS sedia beri cabaran pada SUKUM Ke-45

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Badminton Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedia untuk memberi cabaran sengit pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) Ke-45 yang berlangsung bermula 8 hingga 17 Ogos ini.

Pengurus pasukan, Prof. Madya Dr. Sulaiman Tahajuddin berkata, para pemain pasukan telah menjalankan latihan selama beberapa minggu bagi persediaan menghadapi kejohanan tersebut.

“Justeru itu, saya percaya pasukan ini mampu mendatangkan cabaran sengit bagi merebut kemenangan.

“Apa yang penting adalah para pemain perlu sentiasa menekankan disiplin yang tinggi, kerjasama dan semangat juang dalam pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Amanat kepada Pasukan Badminton UMS di sini.

Sulaiman turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih pasukan, Dr. Mohamad Tahir Mapa atas pengorbanan masa, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada pasukan.

Penghargaan juga ditujukan kepada Pusat Sukan UMS atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada pasukan badminton UMS.

“Harapan saya agar para pemain dapat membuktikan prestasi masing-masing dan mencapai kejayaan dalam pertandingan nanti,” katanya.

Pada majlis tersebut, Dr. Sulaiman turut menyempurnakan acara penyerahan elaun kepada para pemain sebagai sokongan kewangan bagi menampung perbelanjaan sepanjang latihan dan kejohanan tersebut.

Acara Badminton akan membuka tirai di Kejohanan SUKUM ke-45 bermula esok hingga 14 Ogos ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular