HomeUtamaShahelmey Dilantik Pengarah Operasi Program Imunisasi Sabah

Shahelmey Dilantik Pengarah Operasi Program Imunisasi Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya dilantik sebagai Pengarah Operasi Program Imunisasi Sabah.

Jurucakap rasmi COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelantikan Shahelmey itu adalah bagi tujuan merancang dan melaksanakan pemberian vaksin dalam kadar yang lebih cepat dan efisien.

“Tugas beliau adalah membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk merancang dan melaksanakan program-program imunisasi di negeri Sabah untuk memastikan kita mencapai sasaran peratusan penduduk yang lengkap divaksin pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Yang Berhormat Tuan Haji Ir. Shahelmey Bin Yahya juga akan mengawasi dan melakukan penyelarasan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudahan-kemudahan dan keperluan-keperluan mendadak di hospital-hospital di Sabah yang diperlukan dari masa ke masa.,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, Shahelmey juga akan mengeluarkan Kenyataan Akhbar dari masa ke masa atau bila-bila diperlukan.

Katanya ia adalah bagi memaklumkan orang ramai perkembangan terbaru Program Imunisasi Negeri Sabah serta maklumat-maklumat lain yang perlu diketahui oleh orang ramai.

“Kerajaan Negeri turut merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar diatas tindakan proaktif beliau untuk memastikan bekalan vaksin kepada Sabah adalah mencukupi dan mampu menampung keperluan vaksin kita.

“Menteri Kesihatan telah memperuntukkan 2.89 juta dos vaksin bagi bulan September,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular