HomeUtamaPPV Di Sabah Perlu Pastikan SOP Terus Diperketat

PPV Di Sabah Perlu Pastikan SOP Terus Diperketat

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Pengurusan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini perlu memastikan tahap penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) terus diperketat bagi mengelak berlaku kesesakan yang teruk.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, meskipun pemberian vaksin secara ‘walk-in’ dibenarkan namun penguatkuasaan SOP termasuk penjarakkan fizikal perlu diperketat bagi memastikan proses pemberian berjalan lancar.

“Kita tidak boleh elak daripada berlakunya orang ramai untuk datang memandangkan kadar vaksinasi di negeri ini semakin meningkat.

“Semakin ramai yang tahu kesedaran menerima vaksinasi dan apabila dibuka untuk ‘walk-in’ maka berlakulah sedikit kesesakan tapi saya telah pesan kepada pengurus PPV dan juga pasukan terlibat dalam penguatkuasaan supaya SOP dikuatkuasakan dengan ketat supaya tidak berlaku kesesakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi tanah runtuh membabitkan beberapa bangunan di Kompleks C Hospital Queen Elizabeth (HQE) berikutan hujan lebat baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin dan Pengarah HQE Dr William Gotulis.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian kerosakan berhubung kerosakan bangunan HQE yang terjejas.

Katanya, kementeriannya akan mendapatkan anggaran kos daripada JKR untuk permohonan peruntukan bagi tujuan pembangunan serta pembaikan.

“JKR akan membuat ketetapan berkenaan Klinik Tibi dan juga bangunan yang ada disini sama ada bangunan ini diklasifikasikan sebagai tidak selamat buat masa ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya