HomeUtamaInput profesional muda perlu untuk Sabah

Input profesional muda perlu untuk Sabah

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan input daripada golongan profesional muda untuk membantu dalam penggubalan dasar.

“Kami memerlukan input profesional dan idea segar mereka untuk ke hadapan dan cara terbaik kami boleh membangunkan Sabah,” katanya ketika bertemu delegasi Pemimpin Perniagaan dan Industri Muda Sabah (SYBIL) di Sri Gaya di sini, hari ini.

James (tengah) memberikan taklimat tentang rangka kerja dasar SYBIL kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pertemuan itu, Ketua Menteri turut diberi taklimat rangka kerja dasar SYBIL untuk pemimpin perniagaan dan industri muda daripada James Wong yang mengetuai delegasi SYBIL.

James memberitahu Ketua Menteri bahawa SYBIL mempunyai rangkaian kira-kira 200 usahawan muda dan pemimpin perniagaan yang berjaya bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah yang diketuai oleh Tan Sri David Chu.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular