HomeUtamaAplikasi iBersih bantu penduduk taman guna perkhidmatan DBKK secara atas talian

Aplikasi iBersih bantu penduduk taman guna perkhidmatan DBKK secara atas talian

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Aplikasi iBersih yang diperkenalkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berupaya memberi perkhidmatan kepada penduduk taman untuk membuat pesanan perkhidmatan DBKK secara atas talian tanpa perlu mengunjungi premis pihak berkuasa tempatan itu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, pesanan yang dibuat menerusi atas talian juga tidak memerlukan sebarang pelekat prabayar. 

Katanya, aplikasi iBersih boleh dimuat turun secara percuma di Google Play (Android) atau App Store (iOS).

“Bagi penduduk taman yang masih memiliki atau masih ingin menggunakan pelekat prabayar, pelekat prabayar masih sah untuk digunakan dan boleh didapatkan dari kaunter-kaunter DBKK

“Nilai pembelian minimum perkhidmatan sisa pukal dan sisa kebun prabayar bagi pembelian secara atas talian adalah RM 10.

“Bagi pembelian di kaunter-kaunter DBKK pula, tiada had minimum yang ditetapkan. Pengutipan sisa pukal dan sisa kebun yang ditempah secara atas talian atau menggunakan kupon pelekat prabayar akan dikutip oleh DBKK dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan  penutupan bulan kesedaran My City, My Responsibility 2.0 (MCMR) di sini baru-baru ini.

Justeru Abidin menyeru kepada semua warga bandar raya Kota Kinabalu untuk menggunakan aplikasi iBersih ini sebagai salah satu platform untuk melupuskan sisa kebun dan sisa pukal dari rumah dengan bertanggungjawab.

Terdahulu, Abidin berkata, program MCMR yang merupakan program siri kedua pada tahun ini adalah bertemakan 3R Jiwa Merdeka dan membawa objektif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian seterusnya bersama-sama menyumbang untuk melahirkan bandar raya Kota Kinabalu yang bersih dan hijau. 

“Saya turut berharap agar penganjuran program MCMR pada kali ini akan mencapai kemajuan dalam menerapkan semangat cintakan bandar raya seterusnya membentuk masyarakat yang harmoni dan progresif,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular