HomeUtamaTH serah RM2.082 juta zakat perniagaan kepada MUIS

TH serah RM2.082 juta zakat perniagaan kepada MUIS

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,082,343.25 bagi tahun 2023 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, berbanding tahun lalu, jumlah itu meningkat 5.25 peratus ekoran kesedaran menunaikan zakat yang kini semakin meluas dalam kalangan umat Islam.

“Terdapat peningkatan jumlah zakat berbanding tahun 2022, di mana RM1.978 juta pada tahun 2022 manakala kutipan zakat RM2.098 juta.

“Ini disebabkan usaha-usaha untuk mengajak individu dan golongan korporat untuk menunaikan kewajipan zakat ini berjalan dengan rancak.

“Jadi, saya ingat itu kesedaran yang diwujudkan, ini merupakan faktor utama menyebabkan lebih ramai golongan individu dan golongan korporat di Sabah utk melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, program-program TH yang menyantuni golongan asnaf di lapangan juga memberi keyakinan kepada khalayak terhadap aspek agihan zakat.

“Selain daripada itu, saya ingat usaha-usaha yang dibuat di peringkat lapangan sama ada di peringkat pusat mahupun TH di Sabah ini untuk bertemu dan menyantuni golongan asnaf di lapangan menimbulkan keyakinan kepada umat Islam dan korporat untuk menyumbang.

“Mereka sedar bahawa sumbang zakat itu akan turun dan akan sampai kepada rakyat dan ini hasil kerjasama yang erat TH dengan juga pihak pengurusan zakat khususnya di MUIS,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH kepada MUIS.

Majlis tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Beliau diiringi Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, TH, Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Sabah, Yusdi Nasip serta Ketua Pemasaran Negeri Sabah, TH, Mohd Readzuan Ramlan.

Sementara itu, MUIS dalam kenyataannya memaklumkan, setakat Ogos 2024, pihaknya telah mengagihkan zakat sebanyak RM90,282,537.85 mengatasi jumlah pungutan iaitu RM77,444,017.03.

Agihan setakat lapan bulan tahun ini merangkumi agihan kepada golongan fakir (32.21%), diikuti miskin (14.18%), Fisabilillah (19.91%), Al-Riqab (14.81%), amil (9.29%), mualaf (3.16%), Ibnu Sabil (0.96%) dan Gharimin (0.49%).

Hadir sama ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Timbalannya, Datuk Malai Ali Malai Ahmad serta rombongan MUIS.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular