HomeUtamaJadikan lagu patriotik tanam semangat cinta tanah air - Redonah

Jadikan lagu patriotik tanam semangat cinta tanah air – Redonah

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA MARUDU: Lagu-lagu patriotik perlu terus diberi sokongan dan penghayatan oleh orang ramai khususnya generasi muda bagi membangkitkan semangat cintakan tanah air.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, perasaan cintakan tanah air perlu dipupuk sepanjang masa melalui pelbagai cara dan kaedah supaya semangat jati diri dalam kalangan rakyat tidak hilang.

“Melalui  lagu-lagu  patriotik pula kita dapat  menghayati nilai-nilai  murni  seperti perpaduan, keharmonian  dan  semangat  kebangsaan  yang menjadi teras pembangunan negara kita.

“Lagu-lagu  patriotik  ini  bukan  hanya  sekadar  gubahan  melodi  dan  lirik,  tetapi  juga merupakan  cerminan  sejarah,  budaya,  dan  aspirasi  negara  kita,” katanya.  

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Warga Pendidikan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu di Pentas Padang Kota Marudu semalam.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu, Datu Roslin Datu Siabok.

Redonah berkata, pertandingan nyanyian seperti itu juga   bukan  sekadar  acara  hiburan,  tetapi  merupakan  satu  platform penting dalam memupuk  semangat  patriotisme dalam kalangan warga pendidik dan rakyat.  

“Setiap  bait  dan  rentak lagu ini  membawa  kita  menjelajah  ke  zaman  perjuangan  kemerdekaan,  mengimbau pengorbanan  para  pejuang  terdahulu.

“Bahkan lagu ini menyuluh  semangat  perpaduan  yang  telah membentuk  Malaysia  seperti  yang  kita  nikmati  hari  ini,” ujar beliau.
 
Tambah beliau, dengan  menghayati lagu-lagu  ini, rakyat   bukan  sahaja  memperingati  masa  lalu,  tetapi  juga  menyemai harapan untuk masa depan negara yang lebih gemilang.
 
“Maka,  marilah  kita  jadikan  pertandingan  ini  bukan  sekadar  persembahan,  tetapi  satu manifestasi  komitmen  kita  sebagai  pendidik  untuk  terus  menyemarakkan  api patriotisme dalam diri kita dan generasi akan datang.

“Saya  berharap  pertandingan ini akan menjadi  pemangkin kepada  usaha kita untuk memartabatkan lagu-lagu patriotik  dan  seterusnya menyemarakkan  semangat cintakan negara  dalam  kalangan  generasi muda,” katanya.

Beliau turut meminta supaya semua pihak berusaha menghayati maksud di  sebalik  setiap lagu yang dinyanyikan dan tidak sekadar menonjolkan bakat nyanyian.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular