HomeUtamaSuntikan Vaksin COVID-19 Kepada Pelajar Dimuktamadkan Khamis Ini

Suntikan Vaksin COVID-19 Kepada Pelajar Dimuktamadkan Khamis Ini

Read Time:51 Second

SEMPORNA : Pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan menerusi satu mesyuarat penyelarasan Khamis ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, mesyuarat itu akan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Khamis ini saya aka nada satu mesyuarat penyelarasan bersama pengurusan tinggi KKM bersama Menteri Pendidikan dan juga pengurusan tertinggi KPM.

“Apa-apa pun kita akan membuat keputusan muktamad selepas mesyuarat itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Program Jangkauan Luar Pemberian Vaksin kepada penduduk di Pulau Larapan disini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, program vaksinasi COVID-19 khususnya di Sabah akan diberikan kepada semua individu dewasa sama ada warganegara ataupun bukan warganegara Malaysia.

Katanya, ia merupakan keutamaan kepada kesihatan awam dan pihak KKM tidak akan menolak mana-mana individu untuk menerima vaksin COVID-19.

“Saya ingin maklumkan bahawa kita akan beri vaksin kepada semua, kita tidak tolak sesiapa pun yang datang.

“Saya sudah bincang dengan KKM dan jemaah menteri, apa yang lebih penting adalah soal kesihatan awam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular