HomeUtamaJIM Sabah usir 4150 PATI setakat Julai 2024

JIM Sabah usir 4150 PATI setakat Julai 2024

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah menghantar pulang sejumlah 4150 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara asal setakat bulan Julai 2024.

Pengarahnya Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof berkata pogram pengusiran tahanan dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Sehubungan dengan itu, katanya, JIM juga telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan di sekitar daerah Keningau hari ini (28 Ogos).

“Operasi bermula pada jam lebih kurang 12.10 tengah malam tadi dan tamat pada jam lebih kurang 3.55 pagi.

“Seramai 159 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah ini, seramai 104 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen. Jumlah ini termasuk Indonesia 87 orang dan 17 orang.

“Pasukan operasi melibatkan anggota seramai 78 orang terdiri daripada 58 Pegawai JIM Sabah dan 20 Pegawai RELA,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Sitti Saleha, kesemua yang ditahan berumur di antara lima bulan hingga 89 tahun yang terdiri daripada 33 orang lelaki, 37 orang perempuan dan 34 orang kanak-kanak.

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Papar untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

“Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular