HomePendapatMalaysia perlu sentiasa tarik pelaburan domestik, asing bagi wujudkan peluang pekerjaan

Malaysia perlu sentiasa tarik pelaburan domestik, asing bagi wujudkan peluang pekerjaan

Read Time:6 Minute, 4 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.        Menurut laporan Sorotan Pasaran Buruh Suku Tahun Kedua 2024 (ST2 2024) yang baru di terbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM):

  • kadar pengangguran negara berada di tahap 3.3%
  • jumlah penganggur adalah 557.8 ribu orang

2.        Secara keseluruhan, jumlah penganggur dan kadar pengangguran negara telah menunjukkan trend menurun dan stabil. Ini jelas membuktikan ekonomi negara terus berkembang dan semakin pulih pasca pandemik Covid-19.

3.        Fakta menarik. Secara am-nya, kadar pengangguran di bawah 4% adalah di anggap sebagai guna tenaga penuh/ full employment. Ini berdasarkan takrifan oleh Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD).

4.        Malah, untuk sekian lama, Malaysia telah berjaya merekodkan kadar pengangguran yang rendah dan stabil secara konsisten, tanpa banyak perubahan yang ketara.

5.        Namun begitu, selain melihat kepada kadar pengangguran negara, fokus juga wajar di berikan kepada Kadar Guna Tenaga Tidak Penuh Berkaitan Kemahiran. Kadar berkenaan dapat memberi gambaran bagaimana penggunaan tenaga kerja negara berdasarkan tahap kemahiran dan pengetahuan.

6.        Fakta menarik: Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran merujuk kepada tenaga kerja yang memiliki pendidikan tertiari dan bekerja di dalam kategori separuh mahir dan berkemahiran rendah.

Guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran turut di kenali sebagai underemployment.

7.        Dalam bahasa mudah, situasi underemployment ini berlaku apabila seseorang yang memiliki kelayakan pendidikan tinggi dari universiti/ kolej, tetapi melaksanakan pekerjaan yang tidak setanding dan lebih rendah daripada kelayakan yang di miliki.

Ini menggambarkan tenaga kerja tersebut tidak di guna-pakai secara optimum di dalam ekonomi negara.

8.        Menurut laporan DOSM berkenaan:

  • jumlah guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran telah mencatatkan peningkatan, dan kini berjumlah 1.94 juta tenaga kerja
  • kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran pula telah mencatatkan penurunan, dan kini berada pada kadar 37.0%

9.        Ini bermakna lebih satu pertiga (iaitu 37%) daripada penduduk bekerja yang memiliki pendidikan tertiari melaksanakan pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah.

Jumlah yang sangat besar!

10.      Malah, dalam tempoh masa 9 tahun (2015 – 2023):

  • jumlah guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran telah mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 75% (0.8719 juta orang), iaitu dari 1.1631 juta (2015) kepada 2.035 juta (2023)
  • kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran pula telah mencatatkan peningkatan sebanyak 6.1%, iaitu dari 30.2% (2015) kepada 36.3% (2023)

11.      Bagaimana situasi sebegini boleh terhasil?

12.      Secara am-nya, situasi underemployment ini boleh terhasil oleh kombinasi dua faktor utama:

  • tenaga kerja memiliki kelayakan tertiari yang tidak selari dengan kehendak pasaran
  • jumlah pekerjaan mahir tidak mencukupi dengan jumlah tenaga kerja yang berpendidikan tertiari

13.      Akibat ketidaksepadanan kemahiran tersebut, begitu ramai tenaga kerja terperangkap di dalam situasi underemployment. Seterusnya, ini menyebabkan ramai yang berpendidikan tinggi menerima pendapatan rendah, yang tidak setimpal dengan kelayakan dan pengetahuan yang di miliki.

Sehinggakan ada yang telah mula cakap-cakap tidak berbaloi untuk melanjutkan pengajian tinggi.

14.      Lebih-lebih lagi, gaji pekerja di Malaysia secara umum sememangnya rendah. Sebagai contoh. Median upah bulanan pekerja sektor formal di Malaysia adalah RM 2,844. 

15.      Menurut laporan DOSM berkenaan, sepanjang suku ke-2 tahun 2024 (April – Jun 2024), terdapat sejumlah 31.9 ribu pewujudan jawatan baru di dalam ekonomi negara. Daripada jumlah tersebut:

  • majoriti (73.3%) pewujudan jawatan baru adalah di tahap separuh mahir (62.9%: 20.02 ribu) dan berkemahiran rendah (10.4%: 3.33 ribu)
  • tahap mahir pula adalah 26.7% (8.5 ribu)

16.      Tambahan lagi, pewujudan jawatan tahap mahir telah merekodkan penurunan tahunan sebanyak 7.3%, sebaliknya tahap separuh mahir telah meningkat 2.2% dan berkemahiran rendah meningkat 13.3%.

17.      Pewujudan jawatan baru bergantung kepada jumlah pelaburan di dalam ekonomi negara, samada pelaburan domestik ataupun asing. Menurut laporan Malaysia Investment Performance January – March 2024 oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA), jumlah pelaburan yang di luluskan/ total approved investment berjumlah RM 83.7 billion, melibatkan 1,257 projek.

18.      Jumlah pelaburan RM 83.7 billion berkenaan telah mewujudkan 29,027 pekerjaan baru. Ini bermakna, secara purata, setiap pekerjaan baru yang di wujudkan bernilai RM 2.88 juta.

Bayangkan, pelaburan sebanyak hampir RM 3 juta baru mewujudkan 1 pekerjaan baru.

19.      Di samping itu, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah mengumumkan bahawa sebanyak RM 15.26 billion pelaburan di realisasikan/ realised investment di Kedah untuk tempoh 7 bulan pertama tahun 2024 (Januari – Julai 2024). Pelaburan berkenaan telah berjaya mewujudkan 1,700 peluang pekerjaan.

Dengan kiraan mudah, secara purata, setiap pekerjaan baru yang di wujudkan bernilai RM 8.97 juta.

20.      Malah, dalam tempoh masa 5 tahun sejak 2019, jumlah kumulatif pelaburan di realisasikan di Kedah adalah sebanyak RM 34.8 billion, dengan lebih 16,000 peluang pekerjaan di wujudkan.

Dengan kiraan mudah, secara purata, setiap pekerjaan baru yang di wujudkan bernilai RM 2.18 juta.

21.      Di era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), penggunaan teknologi semakin meluas di dalam semua sektor ekonomi, di seluruh dunia dan Malaysia. Teknologi terkini seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), robotik dan dron terus merubah budaya dan cara bekerja. Banyak pekerjaan kini telah di ganti dengan teknologi yang menjanjikan pengoptimuman kos serta peningkatan produktiviti.

22.      Akibatnya, pelbagai industri telah berubah dari model labour-intensive yang memerlukan ramai pekerja, kepada model capital-intensive yang melibatkan pelaburan tinggi. Ini bermakna jumlah pelaburan yang besar tidak lagi menyediakan jumlah pekerjaan yang banyak.

23.      Justeru itu, cabaran utama kerajaan ialah untuk senantiasa menarik pelaburan domestik dan asing dalam jumlah yang besar untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara, yang dapat mewujudkan pekerjaan yang sesuai dan mencukupi untuk rakyat Malaysia. Jika tidak, isu ketidaksepadanan kemahiran boleh meruncing.

24.      Ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk di capai memandangkan Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara jiran dan serantau sebagai destinasi pelaburan yang unggul. Daya-saing ini merangkumi pelbagai faktor, terutamanya ketersediaan/ availability modal insan negara yang memiliki kelayakan, kemahiran dan pengetahuan yang menepati keperluan industri.  

25.      Namun begitu, menyediakan modal insan sebegitu juga bukanlah sesuatu yang mudah, dan akan mengambil masa yang lama. Ianya melibatkan kerjasama semua pihak berkepentingan di semua peringkat, dari pengajian rendah, menengah hinggalah ke pendidikan tinggi tertiari.

26.      Sebagai contoh. Malaysia berhasrat untuk menarik lebih banyak pelaburan berasaskan teknologi tinggi seperti AI dan pusat data/ data centre.   Tetapi penyertaan pelajar negara di dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) masih rendah. Di tambah pula dengan pencapaian SPM Matematik yang sangat rendah, di mana peratusan pelajar gagal kekal tinggi: 18.6% (2019), 17.4% (2020), 25.5% (2021), 24.3% (2022), 23.2% (2023).

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Kenapa ratusan ribu peminjam culas bayar balik pinjaman PTPTN?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular