HomeSukanHarap lebih banyak pingat diraih pada temasya sukan antarabangsa - Ellron

Harap lebih banyak pingat diraih pada temasya sukan antarabangsa – Ellron

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berharap dua lagi atlet Paralimpik dari Sabah dapat meraih pingat pada temasya sukan Paralimpik Paris 2024.

Katanya, kejayaan atlet Paralimpik dari Sabah Eddy Bernard yang menyumbang pingat pertama kontinjen Paralimpik Malaysia semalam amat membanggakan negara terutama kepada rakyat Sabah.

“Kita gembira dengan kejayaan ini, sebab ini adalah satu pingat pertama bagi Sabah dan Malaysia. 

“Kita juga harap lebih banyak pingat akan dapat lagi diraih di Paralimpik dan juga temasya atau kejohanan sukan diperingkat antarabangsa yang lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, anak kelahiran Beluran itu berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 100M kategori T44. 

Eddy juga telah memecahkan rekod Asia yang baru dengan catatan terbaik beliau iaitu 11.58 saat. 

Sebelum ini, Ellron berkata, ganjaran insentif sebanyak RM500,000 akan diberikan kepada atlet dari Sabah sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lalu hingga 8 September ini.

Selain Eddy, dua lagi atlet Sabah yang turut mewakili negara ke temasya itu adalah Jonathan Wong Kar Gee dan Mohd Amin Burhanuddin bagi acara badminton (SL4). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee tidak teruskan tugas bersama Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular