HomeUtamaKemudahan penginapan di Kolej Komuniti di Sabah amat diperlukan - Mustapha

Kemudahan penginapan di Kolej Komuniti di Sabah amat diperlukan – Mustapha

Read Time:1 Minute, 9 Second

Tambunan : Keperluan untuk menyediakan kemudahan asrama di setiap Kolej Komuniti di Sabah bagi meringankan beban pelajar yang kebanyakannya dari keluarga B40 khususnya di luar bandar amat diperlukan.

Menyedari perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya akan membawa perkara ke peringkat kementerian bagi membolehkan Kolej Komuniti dipakejkan bersama dengan penginapan.

“Seperti semua sedia maklum, Kolej Komuniti di Sabah menerima pendaftaran pelajar yang tinggu dan antara yang terbaik di seluruh negara.  Namun pada ketika ini kekangan kita adalah tiada penginapan untuk pelajar-pelajar ini.

“Jadi saya akan bawa perkara ini ke peringkat kementerian agar Kolej Komuniti mesti dipakejkan dengan penginapan kerana Sabah ini sangat luas. Ada pelajar yang datang dari kawasan pedalaman selain turut menyewa rumah.  

“Kekangan ini juga akan membebankan ibu bapa mereka yang rata-rata adalah dalam kalangan golongan B40. Jadi ini antara yang saya fikir kita tidak boleh samakan antara Semenanjung dan Sabah dan juga Sarawak. Ini mesti ada penumpuan khusus supaya penginapan disediakan untuk pelajar-pelajar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja dan sesi linat urus di Kolej Komuniti Tambunan di sini semalam

Justeru itu, Mustapha berkata, pihaknya akan membangkitkan perkara itu agar diberikqn dasar berbeza daripada Semenanjung.

“Jumlah pendaftaran yang mahu masuk ke Kolej Komuniti di Sabah dilihat tinggi tetapi disebabkan penginapan kita takut dia akan menyukarkan Ibu bapa untuk menghantar anak ke Kolej Komuniti,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular