HomeIsu tempatanPembangunan pesat, ekonomi kukuh jamin kesejahteraan rakyat

Pembangunan pesat, ekonomi kukuh jamin kesejahteraan rakyat

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Kemerdekaan yang dicapai negara sehingga kini dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum merdeka menerusi pembangunan yang pesat selain ekonomi yang kukuh bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Focal Person Kebangsaan Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, masyarakat kini juga dilihat lebih berpendidikan dan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi

“Besar harapan saya agar anak-anak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk mengejar cita-cita agar berjaya dalam hidup.

“Jika kita lihat senario dunia kini, banyak krisis yang berlaku seperti peperangan, bencana alam serta kekurangan bekalan makanan berlaku di mana-mana.

“Ramai rakyat di luar sana yang nasibnya kurang baik, tidak seperti anak-anak di dalam Malaysia ini yang hidup sempurna,  aman  damai dan  berpendidikan.  Kita bebas melakukan pelbagai perkara yang kita sukai, termasuklah hadir ke sekolah tanpa rasa ketakutan, mendapat makanan yang mencukupi, hidup dalam keadaan aman dan makmur hasil kesepakatan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pulau Gaya di sini semalam.

Mohammad Arif turut mengajak masyarakat untuk sama-sama bersyukur dan berikrar untuk menjaga dan mencintai negara yang diibaratkan mencintai diri sendiri. 

Katanya, sebagai generasi muda yang bakal menerajui masa depan negara, golongan itu juga perlu sama-sama menghayati dan menghargai pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. 

“Semangat patriotik yang telah kita tunjukkan sepanjang bulan kemerdekaan ini diharapkan dapat memupuk rasa cinta kita kepada negara.

“Saya difahamkan bahawa pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dianjurkan oleh pihak sekolah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Pulau Gaya pada tahun ini.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, warga pendidik dan semua warga SK Pulau Gaya yang telah bekerja keras untuk memastikan setiap aktiviti dan pertandingan berjalan dengan lancar untuk kemenjadian anak-anak murid SK Pulau Gaya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular